Kenapa Kursus Pengenali Makanan?

Objektif Kursus Pengendalian Makanan secara amnya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan semua pengendali makanan menjalani Latihan Pengendali Makanan (LPM) di mana-mana institusi yang diiktiraf oleh KKM melalui Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009.
DAFTAR SEKARANG
3 Jam Kelas
Pembelajaran Atastalian
Peperiksaan/Ujian Atastalian
Mendapat Sijil Serta Merta Selepas Kursus
Mendapat Pengiktirafan daripada KKM

Latihan

Sebelum mengendalikan apa-apa makanan di premis makanan, seseorang pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendali makanan dan mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang ditentukan oleh Pengarah (Kementerian Kesihatan).

Pemeriksaan kesihatan

Pengendali makanan juga diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan vaksin daripada pengamal perubatan berdaftar sebelum dibenarkan mengendali makanan di premis makanan.

Pakaian

Pengendali makanan juga perlu memastikan pakaian yang dipakai semasa mengendalikan makanan hendaklah bersih, sesuai dan wajar serta tidak menyumbang kepada apa-apa pencemaran makanan; sebagai contoh memakai baju luar yang bersih, sesuai dan berwarna cerah atau apron berwarna cerah, penutup kepala dan kasut. Sebagai peringatan, pakaian luar hendaklah tidak dipakai selain dalam premis makanan dan hendaklah sentiasa disimpan di dalam almari atau loker yang sesuai apabila tidak digunakan.

Kebersihan diri

Adalah menjadi tanggungjawab pengendali makanan untuk mengekalkan kebersihan diri pada tahap yang tinggi.

Kebersihan persekitaran premis

Pengendali makanan juga bertanggungjawab memastikan bahawa premis makanan di mana makanan dikendalikan kekal bersih dan bebas daripada sampah, haiwan perosak, kotoran atau jelaga, sisa abu, sisa bahan mentah dan sarang labah-labah pada setiap masa.

Mengendali makanan, perkakas, dsb.

Pengendali makanan hendaklah memastikan pengendalian makanan dan penggunaan perkakas makanan dan bekas makanan dikendalikan dengan bersih dan selamat. Pastikan makanan tidak diletakkan merata-rata lalu bersentuhan dengan apa-apa benda atau bahan yang boleh mencemarkan makanan itu.

Penyediaan, Pembungkusan dan Penghidangan Makanan

Pengendali makanan yang menyedia, membungkus atau menghidangkan makanan untuk dijual hendaklah sentiasa memastikan penyediaan, pembungkusan atau penghidangan makanan adalah bebas daripada apa-apa pencemaran.

Penyimpanan, Pendedahan atau Pameran Makanan untuk Jualan

Pengendali makanan hendaklah tidak menyimpan, mendedah atau mempamerkan mana-mana makanan yang siap dimakan untuk dijual dalam mana-mana premis makanan melainkan jika makanan itu terlindung secukupnya daripada pencemaran oleh sesiapa yang bersentuhan dengan makanan itu atau lain-lain punca pencemaran; dengan cara yang berkesan dan menggunakan kabinet, almari pameran, bekas penutup atau peralatan perlindungan, sistem atau peranti lain yang mudah dibersihkan.

RM100

3 Jam Kelas
Pembelajaran Atastalian
Peperiksaan/Ujian Atastalian
Mendapat Sijil Serta Merta Selepas Kursus
Mendapat Pengiktirafan daripada KKM

Asia UBS Training & Consultancy

Asia UBS Training & Consultancy (0029031103-H) Merupakan Agensi Berdaftar Dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia Bagi Memberi Kursus Dan Perunding Bagi Program Asuhan Kanak-Kanak PERMATA ( KAP ) Dan Pengendalian Makanan.
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram