Kursus Asuhan PERMATA ini diadakan bertujuan untuk memenuhi syarat pekerjaan sebagaimana yang telah digariskan di dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 (Peraturan-Peraturan TASKA) kepada semua bakal pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh Taska.
Kursus ini merupakan kursus yang akan melatih dan membimbing para peserta bagaimana untuk menjaga, mengasuh dan mendidik bayi dan kanak-kanak dibawah umur 4 tahun. Pelajar akan didedahkan dengan pengajaran dan pengalaman sebenar mengasuh dan menguruskan kelengkapan serta keperluan bayi dan kanak-kanak yang akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang tersebut.
Siapa yang patut menghadiri Kursus Asuhan PERMATA (KAP) ini ?
Individu yang ingin menjadi pengusaha TASKA atau mereka yang ingin bekerja di TASKA sebagai pengurus / penyelia / pengasuh yang profesional dan kompeten dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Kenapa perlu mempunyai Sijil Kursus Asuhan PERMATA (Sijil KAP) ?
Kursus Asuhan PERMATA diwajibkan oleh kerajaan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada mana-mana individu yang ingin menjadi pengusaha / pengurus / penyelia / pengasuh di TASKA. Peraturan 54, Peraturan - Peraturan TASKA 2012: "Semua pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh wajib hadir dan lulus Kursus Asuhan PERMATA."
Anda akan mendapat Sijil Kursus Asuhan PERMATA (KAP) yang diperakui oleh :
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KKLW)
Para peserta turut menerima Sijil Pengesahan pengambilan kursus daripada Asia UBS Training & Consultancy
Asia UBS Training & Consultancy (002903103-H) Merupakan Agensi Berdaftar Dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia Bagi Memberi Kursus Dan Perunding Bagi Program Asuhan Kanak-Kanak PERMATA ( KAP ) Dan Pengendalian Makanan.