ORGANISASI

Asia UBS Training and Consultancy

Mobirise Website Builder

PENGENALAN SYARIKAT

Asia UBS Training & Consultancy merupakan sebuah syarikat latihan profesional yang beroperasi sejak tahun 2018 dan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 201803371853 (002903103-H). Berpusat di Taiping, Perak, syarikat ini meluaskan khidmatnya ke seluruh Malaysia melalui pelbagai kursus serta program latihan dan pembangunan sumber insan yang komprehensif mengikut keperluan dan permintaan khusus.

Sebagai Agensi Latihan (AS0036) yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Asia UBS komited dalam memperkasa karyawan melalui latihan yang bersifat praktikal, profesional, dan selaras dengan keperluan industri semasa.

Fokus utama Asia UBS tertumpu kepada bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak serta operasi berkaitan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA). Antara kursus utama yang ditawarkan ialah Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA Negara, yang menjadi platform penting dalam melahirkan tenaga pengasuh dan pendidik berkualiti tinggi, beretika serta berkemahiran.

Dibarisi oleh jurulatih bertauliah dan fasilitator terlatih, Asia UBS menggabungkan kaedah latihan konvensional dengan teknologi sistem pembelajaran digital bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang dinamik, efisien dan berkesan. Pendekatan ini memastikan setiap peserta mencapai tahap keasiaubscgan yang disasarkan, seiring dengan visi syarikat untuk menjadi peneraju dalam bidang latihan dan pembangunan profesional di Malaysia.

Dengan asas kukuh, reputasi yang dipercayai, dan komitmen terhadap keasiaubscgan, Asia UBS Training & Consultancy terus menjadi pilihan utama dalam melahirkan tenaga kerja berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

TOPI GRADUASI (MORTARBOARD)

Ilmu pengetahuan, pencapaian dan kejayaan dalam pendidikan. Simbol kepada matlamat syarikat dalam melahirkan pelajar dan tenaga kerja yang berkemahiran serta diiktiraf. Menggambarkan peranan Asia UBS sebagai wadah untuk membimbing ke arah keasiaubscgan akademik dan profesional.

CORAK BEROMBAK PADA BUMI

Menggambarkan arus perkembangan ilmu dan teknologi yang sentiasa berubah dan berkembang. Simbol kepada dinamisme, keluwesan (mudah disesuaikan) dan inovasi Asia UBS dalam menyesuaikan modul latihan dengan keperluan semasa. Melambangkan perjalanan pembelajaran yang berterusan (lifelong learning) dan tidak statik.

LOGO & SLOGAN

Mobirise

BUMI

Jangkauan global dan keterbukaan Asia UBS dalam menyampaikan ilmu serta latihan yang relevan bukan sahaja di peringkat tempatan, malah berpotensi ke peringkat antarabangsa. Melambangkan kesepaduan masyarakat, selaras dengan objektif syarikat untuk memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

SLOGAN

Membangun Potensi, Membina Masa Depan

Membangun Potensi” melambangkan usaha syarikat dalam menggilap bakat dan keupayaan individu agar mereka dapat berkembang secara menyeluruh dari aspek pengetahuan, kemahiran, sahsiah serta nilai profesionalisme. Ia menandakan kepercayaan bahawa setiap insan memiliki potensi yang boleh diasah melalui latihan yang berstruktur dan berkualiti.

Membina Masa Depan” pula mencerminkan komitmen Asia UBS dalam membentuk generasi tenaga kerja dan pendidik yang berdaya maju, yang mampu mencipta perubahan positif dalam masyarakat. Ia membawa erti bahawa kejayaan masa depan bermula dengan pelaburan terhadap pembangunan insan hari ini.

MISI

Meneroka ilmu Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan semua lapisan masyarakat yang
terlibat dengan kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung.

VISI

Memberi ilmu yang sebaik mungkin agar kanak-kanak dapat membesar dengan
suasana yang sihat dan sejahtera.

OBJEKTIF

Melahirkan masyarakat yang berilmu bekerjaya dan bermanfaat sesama manusia
sejagat.

ASIA UBS TRAINING & CONSULTANCY

PENGURUS & PENASIHAT

Hanisal Khadijah b. Abdullah

Pengasas & Pengurus Utama
tnc@asiaubs.com

Jawatan Disandang (Dulu & Kini)
- Pengurus Utama, Asia UBS Training And Consultancy.
- Pengusaha Taska Insan Cilik, Taiping, Perak.
- Fasilitator PERMATA, Asia UBS Training & Consultancy.
- Pengerusi Persatuan Bina Kerjaya Orang Kurang Upaya Perak (PBKOKU)



Argayah @ Rogayah bt. Saad

A.M.N  |  Penasihat Kanan
rogayah@asiaubs.co.uk

Jawatan Disandang (Dulu & Kini)
-
Panel PERMATA Q di Jabatan Perdana Menteri.
- Pegawai (Teknik dan Vokasional), Kementerian Pelajaran Malaysia. (1990-1999).
- Fasilitator PERMATA Universiti Putra Malaysia (UPM).
- Fasilitator PERMATA Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM).
- Fasilitator PERMATA, Asia UBS Training & Consultancy.

ASIA UBS TRAINING & CONSULTANCY

STAF SOKONGAN

Zainab bt. Jabidin

Penyelaras Utama
zainab@asiaubs.co.uk

Achiek Sidek

Komunikasi Strategik
achieksidek@asiaubs.co.uk

Datin (Dr.) Nooraini bt. Khaironi

Kaunselor Dalaman
nooraini@asiaubs.co.uk

M. Azamuddin b. Sabki

ICT & Multimedia
azam@technologist.com

Normanizam bt. Said

Urus Setia
normanizam@asiaubs.co.uk

June Rosny bt. Mohamad

Urus Setia
june@asiaubs.co.uk

Nor Hayati bt. Shamsuddin

Jurulatih Bertauliah
norhayati@asiaubs.co.uk

Basmatul'uyun bt. Yusof

Jurulatih Bertauliah
basma@asiaubs.co.uk

Tun Azlinda bt. Baharum

Jurulatih Bertauliah
azlinda@asiaubs.co.uk

Rosazizi bt. Abd Rahim

Jurulatih Bertauliah
rosazizi@asiaubs.co.uk

Nor Faizah bt. Abdullah

Jurulatih Bertauliah
norfaizah@asiaubs.co.uk

Khadijah Saraspathy Abdullah

Jurulatih Bertauliah
khadijah@asiaubs.co.uk

Latifah bt. Harun

Fasilitator
latifah@asiaubs.co.uk

Nor Azura bt. Ismail

Fasilitator
norazura@asiaubs.co.uk